Wednesday, December 22, 2010

OPEN DAY

Annual Open Day for Sungai Udang branch will be on the 25 December, Saturday. Briefing for parents on curriculum, weekly themes, activities throughout the year and rules of Tadika Tunas Ria Bestari, will be from 9 to 11 am. Light refreshment and door gifts are provided for parents who register their children for 2011. After the briefing parents can buy the kindy uniforms and kindy bags. Parents can also do some payment. Payments need to be settled before 7th January are monthly fees for January and November, as well as a portion of annual fees.

Annual Open Day for Bandar Bukit Raja branch will be on Saturday, 1st of January. Briefing will be from 10 to 12 noon.

Please bring photostat copy of your child's birth certificate and 2 passport photos of him wearing songkok/ of her wearing scarf. Parents can also sketch maps of residence to be given to transport operators, who will open counters during the event.

See you on Open Day....

Thursday, November 11, 2010

KELAS MEMBACA INTENSIF CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum semua ibu bapa serta pengunjung laman blog Tadika Tunas Ria Bestari.
InsyaALLAH kami akan menganjurkan kelas tuisyen membaca bagi murid-murid tadika atau sekolah rendah yang masih belum boleh membaca dengan lancar. Adalah amat digalakkan bagi sesiapa yang berminat supaya hadir sendiri ke tadika bagi urusan pendaftaran. Tempat adalah terhad kerana 1 kelas selama 1 jam hanya untuk 6 orang sahaja.

  • Tempat: Tadika Tunas Ria Bestari
  • Jam pertama: 8.45 pagi -9.45 pagi
  • Jam kedua: 10 pagi - 11 pagi
  • Jam ketiga: 11.15 pagi - 12.15 pagi
  • Pakaian : Bebas
  • Pendaftaran : RM 10/ subjek
  • PAKEJ 5 MINGGU: RM150/ subjek
  • 1 subjek adalah selama 1 jam setiap hari , 5 hari seminggu (Isnin-Jumaat) bermula 22hb Nov 2010, Isnin
  • Pakej bacaan pilihan: - BM ( set buku Bacalah Anakku), ENG (set buku ReadEasy), JAWI (set buku Bacalah Jawi)                                          *buku bacaan boleh dibeli dari Tadika atau kedai buku terpilih*
  • Sekiranya ada permintaan untuk Kelas Iqra bagi kanak2 tadika, kami akan buka pada jam yang keempat.
  • Sekiranya bertembung dengan cuti umum, ia akan dikira cuti bagi murid tuisyen juga...
BERMINAT???
Hubungi wakil kami di Sungai Udang (03-33728318 @ 019-6822962)
atau wakil kami di Bandar Bukit Raja (03-33632879 @ 013-2151514)

Friday, October 29, 2010

Birthday October...

Happy Birthday to you!





Tuesday, October 19, 2010

KEMBARA raya...

Sempena hari raya yang lalu, saya dan beberapa guru berkesempatan menghadiri 'Open house' yang dianjurkan oleh anak2 murid. Terima kasih semua kerana sudi menjemput guru-guru singgah di rumah anda. Maaf tiada gambar kerana terlupa bawa kamera di kebanyakan tempat. Maaf sekali lagi sekiranya terlupa menyebut nama anak anda yang telah menjemput kami.

Terima kasih Yasmin Nabihah dari kelas Excellent! *gambar

Terima kasih juga buat Afiqah (Excellent), Noor Raihanah (Excellent), Nurul Fatin (Eminence), Ainin Sofiya (Eminence), Alif Hidhir (Supreme 1), Nurin Rafiqah (tuition class)...

Tak lupa buat semua staff yang menjemput...maaf kerana tidak berkesempatan hadir ke semua lokasi majlis...kerana kekangan waktu dan terlalu banyak jemputan yang perlu dihadiri...

Semoga Ramadhan dan Syawal yang telah berlalu mengajar kita supaya lebih mengingati orang yang tidak bernasib baik...dan membantu sedaya mungkin...

Kepada bakal2 haji,

Tahniah diucapkan kerana telah dipilih oleh Allah...semoga pulang nanti bagai bayi yang baru dilahirkan...tiada dosa...insyaAllah...

Wednesday, October 13, 2010

Birthday September...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya,kami ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog tadika ini. Sebenarnya terdapat beberapa masalah yang berlaku sehingga menyebabkan kesukaran untuk akses internet. Alhamdulillah masalah-masalah tersebut dapat diatasi sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun, ibubapa dan pengunjung blog digalakkan meninggalkan sebarang komen yang membina agar sebarang kelemahan dapat dibetulkan dari semasa ke semasa.

Keduanya,kami ingin memohon maaf tidak dapat menyiarkan gambar harijadi bulan Ogos dalam masa terdekat atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Kami akan menyiarkannya setelah masalah berkenaan selesai.

Berikut adalah gambar2 harijadi untuk bulan September...




Monday, September 27, 2010

ASSESSMENT...

Puasa sudah, raya pun sudah. Selepas ini, akan ada minggu ulangkaji dan minggu PENILAIAN @ ASSESSMENT pula. InsyaAllah anak-anak akan memulakan sesi mengulangkaji bermula hari ini. Tadika meminta kerjasama dari ibu bapa untuk turut membantu anak-anak di rumah terutamanya dalam menghafal surah-surah pendek serta doa-doa harian. 

Monday, September 20, 2010

RAYA CELEBRATION @ SAMBUTAN HARI RAYA...

Salam Aidilfitri buat semua murid, ibu bapa, dan staff Tadika Tunas Ria Bestari. Alhamdulillah. Sesi persekolahan telah bermula seperti biasa mulai hari ini, 20hb September 2010. Bagi ibu bapa dan anak-anak yang masih di kampung, segerakan kepulangan anda! Pekerjaan perlu diteruskan. Pembelajaran anak-anak pun perlu diteruskan juga. Takkan nak berhenti di tengah jalan, sedangkan destinasi belum sampai. Kalau zaman nabi, hari raya Aidilfitri hanya 1 hari sahaja. Hari raya Aidiladha pula 4 hari. Tapi zaman kita sekarang dah terbalik, sambutan hari raya Aidilfitri sebulan. Tidak salah meraikannya, tapi jangan dilupa apa yang disunatkan semasa bulan Syawal ini. Ganjaran puasa 6 hari dalam bulan Syawal yang Allah janjikan menyamai puasa untuk 1 tahun. Bayangkan! Puasa sebulan Ramadhan pun ada yang cuba-cuba nak ponteng, inikan pula puasa setahun. Siapa yang larat? Oleh itu, saya menyeru sesiapa sahaja yang sedang membaca 'post' ini agar kita merebut peluang yang ada untuk berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal yang mulia ini. Marilah sama-sama kita mengejar keredhaan Allah dalam beramal. InsyaAllah.

Sebelum terlupa, saya ingin memaklumkan bahawa sambutan hari raya Aidilfitri di TADIKA TUNAS RIA BESTARI untuk murid-murid akan diadakan pada hari JUMAAT, 24HB SEPTEMBER bersamaan 15 SYAWAL. Semua murid tadika diminta datang ke sekolah pada SESI PAGI iaitu dari jam 8 PAGI hingga 12 TENGAH HARI. Digalakkan memakai BAJU RAYA pada hari tersebut. Harap maklum.

Monday, August 16, 2010

Kid's voice... to parents, teachers, and all grown up...

THINGS I ASK OF YOU

  1. My hands are small. Please don't expect perfection whenever I make a bed, draw a picture or throw a ball. My legs are short. Please slow down so that I can keep up with you.
  2. My eyes have not seen the worlds as yours have. Please let me explore safely. Don't restrict me unnecessarily.
  3. I'm only little for such a short time. Please take time to explain things to me about this wonderful world, and do so willingly.
  4. My feelings are tender. Please be sensitive to my needs. Don't nag me all day long. (You wouldn't want to be nagged for your inquisitiveness). Treat me as you would like to be treated.
  5. Please treasure me by holding me accountable for my actions, giving me guidelines to live by, and disciplining me in a loving manner.
  6. I need your encouragement and your praise to grow. Please go easy on the criticism. Criticize the things I do, but don't criticize me.
  7. Permit me to fail so that I can learn from my mistakes. Then someday, I'll prepared to make the kind of decisions life requires of me.
  8. Please take me to worship regularly, and set a good example for me to follow.

Wednesday, August 11, 2010

KURSUS RAWATAN ISLAM

25 Julai 2010, Sungai Udang - Tadika Tunas Ria Bestari telah menjemput Ustaz Majid dari Pusat  Rawatan Islam (AKRINE) untuk mengadakan kursus rawatan Islam untuk merawat diri sendiri dan keluarga. Seramai 25 orang peserta telah berjaya hadir pada hari tersebut dari kalangan guru-guru, rakan-rakan serta ibu bapa pelajar sekolah dan tadika sekitar negeri Selangor. Alhamdulillah, kursus yang berjalan selama setengah hari banyak memberi ilmu-ilmu yang berguna kepada peserta untuk diamalkan. Setelah selesai kursus, peserta dihidangkan dengan makan tengahari sebelum pulang ke rumah masing-masing. Semoga kursus seperti ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.

Monday, August 9, 2010

Friday, August 6, 2010

Birthday June

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit...anak-anak perlu diajar menabung sejak kecil lagi!

Tuesday, July 6, 2010

SMART CAMP 2010

Alhamdulillah. Pada 9 dan 10 Jun yang lalu, Tadika Tunas Ria Bestari telah berjaya menganjurkan kem cuti sekolah bagi anak-anak berumur 6 hingga 10 tahun yang dinamakan "Islamic English Smart Camp". Kem ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Tadika Tunas Ria Bestari, Sungai Udang. Kem ini telah menerima hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid tadika yang berumur 6 tahun, bekas-bekas pelajar serta abang kakak murid-murid tadika. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang 2 hari 1 malam adalah seperti 'pool bathing', 'music and movements', story telling', 'creative phonics', 'creative arts', 'sports', dan banyak lagi.


INSYAALLAH KEM SEPERTI INI AKAN DIADAKAN SETIAP TAHUN PADA CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN...JANGAN LEPASKAN PELUANG MENDAFTARKAN ANAK ANDA PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG!!!

Tuesday, June 1, 2010

Teacher's Day...

On 21st May 2010, Tadika Tunas Ria Bestari had organized Teacher's Day to celebrate teachers and staff for all their hard work to make this kindergarten the best place for children...Here are some photos taken on the day...

Friday, May 28, 2010

Birthday May ...

Pensel gergasi menjadi rebutan!

Sunday, May 23, 2010

Sports Day...

On 2nd May 2010, Tadika Tunas Ria Bestari had organized Sports and Family Day at Padang Sultan Sulaiman (Stadium Kota Raja), Klang. There were a lot of activities for students, parents and siblings. These are some photos that were captured during the day.

Stadium:

Mr. Chairman, Hj. Sujan bin Hj. Sebi:
 

Performance from Bandar Bukit Raja branch:


Syahadah and Oath reciter:

Events:
The winner of TOP LUCKY DRAW goes to Nurul Imanina Zahra bt. Shahrulanuar (Bandar Bukit Raja branch):