Tuesday, July 6, 2010

SMART CAMP 2010

Alhamdulillah. Pada 9 dan 10 Jun yang lalu, Tadika Tunas Ria Bestari telah berjaya menganjurkan kem cuti sekolah bagi anak-anak berumur 6 hingga 10 tahun yang dinamakan "Islamic English Smart Camp". Kem ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam bertempat di Tadika Tunas Ria Bestari, Sungai Udang. Kem ini telah menerima hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid tadika yang berumur 6 tahun, bekas-bekas pelajar serta abang kakak murid-murid tadika. Antara aktiviti yang berlangsung sepanjang 2 hari 1 malam adalah seperti 'pool bathing', 'music and movements', story telling', 'creative phonics', 'creative arts', 'sports', dan banyak lagi.


INSYAALLAH KEM SEPERTI INI AKAN DIADAKAN SETIAP TAHUN PADA CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN TAHUN...JANGAN LEPASKAN PELUANG MENDAFTARKAN ANAK ANDA PADA TAHUN-TAHUN AKAN DATANG!!!