Puasa sudah, raya pun sudah. Selepas ini, akan ada minggu ulangkaji dan minggu PENILAIAN @ ASSESSMENT pula. InsyaAllah anak-anak akan memulakan sesi mengulangkaji bermula hari ini. Tadika meminta kerjasama dari ibu bapa untuk turut membantu anak-anak di rumah terutamanya dalam menghafal surah-surah pendek serta doa-doa harian.
Tadika Tunas Ria Bestari was first operated in 1999 at a small bungalow. The bungalow was at Jalan Sungai Berteh,Klang. After 9 years of operation, the kindergarten can now be proud of a double storey own building at Jalan Selamat, Kampung Sungai Udang, Klang.
Monday, September 27, 2010
Monday, September 20, 2010
RAYA CELEBRATION @ SAMBUTAN HARI RAYA...
Salam Aidilfitri buat semua murid, ibu bapa, dan staff Tadika Tunas Ria Bestari. Alhamdulillah. Sesi persekolahan telah bermula seperti biasa mulai hari ini, 20hb September 2010. Bagi ibu bapa dan anak-anak yang masih di kampung, segerakan kepulangan anda! Pekerjaan perlu diteruskan. Pembelajaran anak-anak pun perlu diteruskan juga. Takkan nak berhenti di tengah jalan, sedangkan destinasi belum sampai. Kalau zaman nabi, hari raya Aidilfitri hanya 1 hari sahaja. Hari raya Aidiladha pula 4 hari. Tapi zaman kita sekarang dah terbalik, sambutan hari raya Aidilfitri sebulan. Tidak salah meraikannya, tapi jangan dilupa apa yang disunatkan semasa bulan Syawal ini. Ganjaran puasa 6 hari dalam bulan Syawal yang Allah janjikan menyamai puasa untuk 1 tahun. Bayangkan! Puasa sebulan Ramadhan pun ada yang cuba-cuba nak ponteng, inikan pula puasa setahun. Siapa yang larat? Oleh itu, saya menyeru sesiapa sahaja yang sedang membaca 'post' ini agar kita merebut peluang yang ada untuk berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal yang mulia ini. Marilah sama-sama kita mengejar keredhaan Allah dalam beramal. InsyaAllah.
Sebelum terlupa, saya ingin memaklumkan bahawa sambutan hari raya Aidilfitri di TADIKA TUNAS RIA BESTARI untuk murid-murid akan diadakan pada hari JUMAAT, 24HB SEPTEMBER bersamaan 15 SYAWAL. Semua murid tadika diminta datang ke sekolah pada SESI PAGI iaitu dari jam 8 PAGI hingga 12 TENGAH HARI. Digalakkan memakai BAJU RAYA pada hari tersebut. Harap maklum.
Sebelum terlupa, saya ingin memaklumkan bahawa sambutan hari raya Aidilfitri di TADIKA TUNAS RIA BESTARI untuk murid-murid akan diadakan pada hari JUMAAT, 24HB SEPTEMBER bersamaan 15 SYAWAL. Semua murid tadika diminta datang ke sekolah pada SESI PAGI iaitu dari jam 8 PAGI hingga 12 TENGAH HARI. Digalakkan memakai BAJU RAYA pada hari tersebut. Harap maklum.
Subscribe to:
Posts (Atom)