Friday, February 24, 2012

BIRTHDAY OF THE MONTH : February 2012 =)

Date of Celebration: 15th February 2012 (Wednesday)
Venue: Bestari Hall
Number of students: 10 children (morning), 3 children (afternoon)






















Monday, February 13, 2012

MAULIDURRASUL CELEBRATION

SUNGAI UDANG, 10hb Februari - Sambutan Maulidurrasul dilangsungkan dengan jayanya pada 10hb Februari di Tadika Tunas Ria Bestari bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 12 tengahari.
   Sambutan dimulakan dengan perhimpunan pagi di Bestari Hall, Tadika Tunas Ria Bestari mengenai taklimat perjalanan program, bacaan Syahadah dan bacaan Ikrar pelajar muslim.
   Selepas itu, pelajar memulakan perarakan dengan membawa sepanduk sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W dari Lorong Wak Pungut ke lorong bersebelahan dan kembali semula ke tadika.


   Program diteruskan dengan Segmen Bercerita Kisah Nabi oleh Teacher Syikin, Teacher Shidah (Fizikal Nabi) dan Teacher Atiqah (Sunnah Nabi). Kemudian, pelajar berhenti rehat seketika dengan menikmati pelbagai juadah makanan yang dibawa oleh mereka dan berkongsi sesama rakan masing-masing. 
   Majlis diakhiri dengan Aktiviti Mewarna Masjid Nabawi dan Kuiz Nabi. Tahniah Tadika Tunas Ria Bestari kerana berjaya menanamkan perasaan cinta dan sayang dalam diri kanak-kanak seawal usia tadika kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW!