Tuesday, May 4, 2010

NAIB JOHAN PERTANDINGAN NASYID...

5 Mac 2010, Jumaat - Telah berlangsung Pertandingan Nasyid antara Tadika-tadika sekitar Kg Sungai Udang sempena program Maulidurrasul di Masjid Darul Muttaqin, Sungai Udang. Antara tadika-tadika yang mengambil bahagian ialah Tadika Tunas Ria Bestari, Tadika Ceria Az-Zahra, Tadika An-Nur Bestari, Pasti Darul Ulum, Tadika An-Nawwar dll. Pertandingan tersebut telah dijalankan pada waktu malam bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam. Pelbagai persembahan menarik telah dipertandingkan oleh setiap tadika. Keputusan pertandingan telah diumumkan pada esoknya, iaitu 6 Mac 2010, Sabtu. Tadika Tunas Ria Bestari telah mendapat tempat KEDUA iaitu Naib Johan. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah bertungkus-lumus berlatih selama seminggu. Dan tak dilupakan juga buat semua guru-guru yang banyak membantu serta memberikan sokongan kepada murid-murid yang terlibat. Setinggi-tinggi perhargaan buat semua yang menjayakan program pada malam tersebut.