Wednesday, August 11, 2010

KURSUS RAWATAN ISLAM

25 Julai 2010, Sungai Udang - Tadika Tunas Ria Bestari telah menjemput Ustaz Majid dari Pusat  Rawatan Islam (AKRINE) untuk mengadakan kursus rawatan Islam untuk merawat diri sendiri dan keluarga. Seramai 25 orang peserta telah berjaya hadir pada hari tersebut dari kalangan guru-guru, rakan-rakan serta ibu bapa pelajar sekolah dan tadika sekitar negeri Selangor. Alhamdulillah, kursus yang berjalan selama setengah hari banyak memberi ilmu-ilmu yang berguna kepada peserta untuk diamalkan. Setelah selesai kursus, peserta dihidangkan dengan makan tengahari sebelum pulang ke rumah masing-masing. Semoga kursus seperti ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.