Wednesday, October 13, 2010

Birthday September...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertamanya,kami ingin memohon maaf kerana sudah terlalu lama tidak update blog tadika ini. Sebenarnya terdapat beberapa masalah yang berlaku sehingga menyebabkan kesukaran untuk akses internet. Alhamdulillah masalah-masalah tersebut dapat diatasi sedikit demi sedikit. Walaubagaimanapun, ibubapa dan pengunjung blog digalakkan meninggalkan sebarang komen yang membina agar sebarang kelemahan dapat dibetulkan dari semasa ke semasa.

Keduanya,kami ingin memohon maaf tidak dapat menyiarkan gambar harijadi bulan Ogos dalam masa terdekat atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Kami akan menyiarkannya setelah masalah berkenaan selesai.

Berikut adalah gambar2 harijadi untuk bulan September...




Monday, September 27, 2010

ASSESSMENT...

Puasa sudah, raya pun sudah. Selepas ini, akan ada minggu ulangkaji dan minggu PENILAIAN @ ASSESSMENT pula. InsyaAllah anak-anak akan memulakan sesi mengulangkaji bermula hari ini. Tadika meminta kerjasama dari ibu bapa untuk turut membantu anak-anak di rumah terutamanya dalam menghafal surah-surah pendek serta doa-doa harian. 

Monday, September 20, 2010

RAYA CELEBRATION @ SAMBUTAN HARI RAYA...

Salam Aidilfitri buat semua murid, ibu bapa, dan staff Tadika Tunas Ria Bestari. Alhamdulillah. Sesi persekolahan telah bermula seperti biasa mulai hari ini, 20hb September 2010. Bagi ibu bapa dan anak-anak yang masih di kampung, segerakan kepulangan anda! Pekerjaan perlu diteruskan. Pembelajaran anak-anak pun perlu diteruskan juga. Takkan nak berhenti di tengah jalan, sedangkan destinasi belum sampai. Kalau zaman nabi, hari raya Aidilfitri hanya 1 hari sahaja. Hari raya Aidiladha pula 4 hari. Tapi zaman kita sekarang dah terbalik, sambutan hari raya Aidilfitri sebulan. Tidak salah meraikannya, tapi jangan dilupa apa yang disunatkan semasa bulan Syawal ini. Ganjaran puasa 6 hari dalam bulan Syawal yang Allah janjikan menyamai puasa untuk 1 tahun. Bayangkan! Puasa sebulan Ramadhan pun ada yang cuba-cuba nak ponteng, inikan pula puasa setahun. Siapa yang larat? Oleh itu, saya menyeru sesiapa sahaja yang sedang membaca 'post' ini agar kita merebut peluang yang ada untuk berpuasa selama 6 hari di bulan Syawal yang mulia ini. Marilah sama-sama kita mengejar keredhaan Allah dalam beramal. InsyaAllah.

Sebelum terlupa, saya ingin memaklumkan bahawa sambutan hari raya Aidilfitri di TADIKA TUNAS RIA BESTARI untuk murid-murid akan diadakan pada hari JUMAAT, 24HB SEPTEMBER bersamaan 15 SYAWAL. Semua murid tadika diminta datang ke sekolah pada SESI PAGI iaitu dari jam 8 PAGI hingga 12 TENGAH HARI. Digalakkan memakai BAJU RAYA pada hari tersebut. Harap maklum.

Monday, August 16, 2010

Kid's voice... to parents, teachers, and all grown up...

THINGS I ASK OF YOU

  1. My hands are small. Please don't expect perfection whenever I make a bed, draw a picture or throw a ball. My legs are short. Please slow down so that I can keep up with you.
  2. My eyes have not seen the worlds as yours have. Please let me explore safely. Don't restrict me unnecessarily.
  3. I'm only little for such a short time. Please take time to explain things to me about this wonderful world, and do so willingly.
  4. My feelings are tender. Please be sensitive to my needs. Don't nag me all day long. (You wouldn't want to be nagged for your inquisitiveness). Treat me as you would like to be treated.
  5. Please treasure me by holding me accountable for my actions, giving me guidelines to live by, and disciplining me in a loving manner.
  6. I need your encouragement and your praise to grow. Please go easy on the criticism. Criticize the things I do, but don't criticize me.
  7. Permit me to fail so that I can learn from my mistakes. Then someday, I'll prepared to make the kind of decisions life requires of me.
  8. Please take me to worship regularly, and set a good example for me to follow.

Wednesday, August 11, 2010

KURSUS RAWATAN ISLAM

25 Julai 2010, Sungai Udang - Tadika Tunas Ria Bestari telah menjemput Ustaz Majid dari Pusat  Rawatan Islam (AKRINE) untuk mengadakan kursus rawatan Islam untuk merawat diri sendiri dan keluarga. Seramai 25 orang peserta telah berjaya hadir pada hari tersebut dari kalangan guru-guru, rakan-rakan serta ibu bapa pelajar sekolah dan tadika sekitar negeri Selangor. Alhamdulillah, kursus yang berjalan selama setengah hari banyak memberi ilmu-ilmu yang berguna kepada peserta untuk diamalkan. Setelah selesai kursus, peserta dihidangkan dengan makan tengahari sebelum pulang ke rumah masing-masing. Semoga kursus seperti ini mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa akan datang.

Monday, August 9, 2010

Friday, August 6, 2010

Birthday June

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit...anak-anak perlu diajar menabung sejak kecil lagi!